RSS

Monthly Archives: March 2011

MAJLIS PERPISAHAN

“Never explain yourself to anyone, because the person who likes you doesn’t need it, and the person who dislike you won’t believe it…”

Hari ini 31 Mac 2011 / 26 Rabiulakhir 1432H, SK Badang menangisi kehilangan dua orang guru yang amat dedikasi dan telah memberikan pelbagai sumbangan kepada sekolah.

Mereka ialah Puan Norhidayah Binti Ahmad, Guru Besar yang berpindah ke SK Bukit Selarong.

Ustaz Yusahimi Bin Mohamad Yusuff, berpindah ke SK Tawar sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Semoga kedua-duanya akan terus menyumbangkan jasa dan bakti di sekolah baru dan kami seluruh warga SK Badang mengucapkan selamat maju jaya. Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, jasa dan sumbangan lain semasa bertugas di SK Badang. Sampai jumpa lagi.

 

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU KE 32

If you cannot do great things, do small things in a great way…..

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32 telah berjalan dengan sempurnanya pada tarikh 29 Mac 2011, diiringi cuaca yang tidak menentu, hujan pada mulanya, cerah seketika dan mendung sehingga ke akhir majlis berlangsung. Sambutan daripada para waris memuaskan terutama daripada golongan ibu.

Ucapan terima kasih kepada AJK 2010/2011 yang telah menyempurnakan tugas masing-masing. Selamat menerima dan melaksanakan tanggungjawab kepada barisan AJK 2011/2012. Semoga sumbangan kerja ikhlas, keringat tuan dan puan diberkati Allah hendaknya…