“Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined…”
Selepas tamat majlis bacaan Yasin dan selesai mendengar ceramah Isra’ Mikraj, seluruh warga SK Badang bekerjasama mengadakan Kempen Jom Makan Buah selepas waktu rehat. PK Ko-Kurikulum bersama orang kuat industri tanaman dan ternakan, juga dikenali sebagai RAJA DUSUN / RAJA BUKIT iaitu Encik Othman Salleh, telah berkongsi maklumat tentang kepentingan memakan buah-buahan, khasiat yang ada pada buah-buahan tempatan dan buah-buahan sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat. Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat membantu menambahkan maklumat pada semua warga SK Badang… Apa lagi…Jom Makan Buah!!!